'Ich..ich..ich...nampak sangat yang saya ne bukan kawan yang baik. Dulu, setiapkali saya ajak datang kelas awal, mesti tak nak. Tapi, dengan dia, ok je pula. Ich...ich..,' senduku dalam diam. Perlahan-lahan aku bangun dan mengatur langkah ke muka pintu.
Aku menutup pintu perlahan. Air mata yang ditahan sejak tadi dibiar mengalir. Tarik nafas, lepas. Tarik, hembus. 'Astaghfirullah...,' aku beristighfar. Hati teringatkan Allah. Rindu dengan rumah Allah yang sudah lama tidak dikunjungi. Langkahanku kini pasti. Masjid UNIMAS.
Dalam keadaan berwudhu, terasa diri lebih tenang walau rasa terkilan masih bertapak dihati. Lantas, solat sunat tahiyyatul masjid dilakukan dan disambung dengan solat sunat dhuha.
Untuk pertama kalinya, aku menunaikan solat sunat Dhuha tanpa disuruh oleh siapa-siapa.
Dan, untuk pertama kalinya aku 'berkenalan' dengan Dhuha. Walaupun asbab Dhuhaku atas rasa terkilan, namun aku bersyukur. Dia hadirkan rasa itu agar aku kembali ingat pada Dia. Dia hadirkan rasa itu untuk sedarkan diri ini, kalau Dia sentiasa ada untuk mendengar aduan dan rintihanku.
Ya..Dia sentiasa ada.
Jom ber-Dhuha!
Cerita di atas adalah cerita benar ya kawan-kawan.
Jadi, tunggu apa lagi? Pada Dhuha itu ada ketenangan dengan izin-Nya. At-Tabrani meriwayatkan tentang kelebihan solat sunat dhuha daripada Abu Hurairah r.a. katanya:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dipanggil ad-Dhuha. Apabila hari kiamat nanti akan ada penyeru: "Manakah orang-orang yang sentiasa mengerjakan solat sunat Dhuha? Inilah pintu kamu dan masuklah dengan rahmat Allah."
Doa Dhuha
"Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu; cahayanya adalah cahaya-Mu; kecantikannya adalah kecantikan-Mu; keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu, kekuasaannya adalah kekuasaan-Mu dan perlindungannya adalah perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezeki untukku masih ada di langit, turunkanlah ya Allah; jika ada di bumi, keluarkanlah ya Allah. Jika jauh, Kau dekatkanlah ya Allah; jika haram, sucikanlah ya Allah. Dan jika sukar, Kau permudahkanlah ya Allah.
Ya Allah, dengan kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu dan perlindungan-Mu, kurniakanlah kepadaku seperti yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
P/S: Solat sunat Dhuha ne bole dilakukan 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir sebelum 28 minit sebelum masuk waktu Zohor (IKIM.fm). Jadi, yang belum solat sunat Dhuha, bolehlah solat sekarang. Ada masa lagi ne.... :)






