Saturday, 26 February 2011

RENUNGAN TERAKHIR SEORANG AYAH... part 3

Aku terasa sesuatu yang dingin memegang jari jemariku. Sebelah tangannya lagi memegang bahu isteriku. Dengan pandangan yang kabur aku tahu dia seorang wanita. Lembut sentuhannya. Wanita itu menarik isteriku ke hujung katil. Mungkin bertanyakan sesuatu. “Ayah! Makan sikit ye!” terhenti lamunanku. Wanita itu tersenyum memandang. “Adik ni ayah…ayah makan la sedikit. Adik dah dapat cuti..adik akan jaga ayah ya! Sayup-sayup suara itu kedengaran. Oh.. anakku dah datang.. anakku dah datang.. Gembiranya hati.. Ya Allah.. benar telahanku..Aku membuka mulutku perlahan-lahan..berselera aku makan hari ni..maklum anakku yang menyuapkan. Habis semangkuk bubur. Terasa jari-jemari dingin mengusap-ngusap rambutku…Terasa kuncupan lembut singgah di dahiku,.. ada airmata menitis bersama-sama dengannya.. Syahdunya saat itu...Anakku janganlah dikau menangis…Perlahan-lahan jari jemarinya terungkai dari peganganku..Rupa-rupanya waktu melawat sudah hampir tamat. Dahiku, pipiku dikuncup sekali lagi. Dia bisikkan sesuatu ditelingaku.. “Adik minta ampun ayah, ampunkan kami anak-anakmu. Kami bersyukur ayah menjadi ayah kami” Air mataku menitis. “Ayah ampunkan kalian” ucapku perlahan..harap-harap anakku mendengarnya. Dia memeluk isteriku ambil membisikkan sesuatu. Lambat langkahnya meninggalkanku. Aku merenung setiap langkahnya…adakah ini renungan terakhirku..
“Ya Allah ampunilah dosa anak-anakku…”
Begitulah kisahnya…hari-hari terakhir seorang ayah yang berlaku 4 tahun lalu di katil hospital Kuala Kangsar, Perak. Akulah perempuan itu yang menawarkan diri menjadi anak…kerna belasku melihat senyuman seorang ayah yang tersenyum memandangku dengan pandangan sayu. Sanggup mogok, tidak mahu makan tidak mahu minum kerna ingin anaknya menyuapkan makanan dimulut. Harapanku agar pakcik Hashim dapat merasa belaian seorang anak pada saat dia amat memerlukan perhatian itu dan lagi, aku amat berharap dia dapat mengampunkan dosa-dosa anaknya. Aku tidak mahu anaknya hilang rahmat dari Allah kerna mengabaikan ayah mereka. Seminggu selepas kejadian itu ..aku pergi lagi melawat saudaraku. Katil disebelahnya telah kosong. Aku telah dikejutkan dengan berita bahawa pakcik Hashim telah bertemu Penciptanya 3 hari selepas kejadian itu. Hatiku meruntun sedih bila diberitahu sehingga saat-saat terakhir hidup pakcik Hashim..dia tidak bertemu dengan permata hatinya. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Itulah kita seorang anak.. yang sering mengabaikan kebajikan ibu dan ayah..
Kita lupa pada pengorbanannya
Kita lupa pada tangan kasar itu yang membanting tulang untuk membesarkan kita
Kita lupa pada setiap titisan peluhnya
Kita lupa pada setiap tiitsan airmatanya yang mengalir kerna kejayaan kita
Kita lupa pada doa yang dititipkan di setiap perjalanan hidup kita

Hari ini adakah kalian telah menghubungi ayahmu bertanya khabar
Hari ini adakah kalian telah menguncup pipi dan dahi ayahmu
Hari ini adakah kalian telah memeluk dirinya
Dan hari ini adakah kalian telah mengucapkan
“Terima kasih ayah.. atas pengorbananmu membesarkanku”
Ucapkanlah sebelum terlambat…..

RENUNGAN TERAKHIR SEORANG AYAH... part 2

Sejak dari kejadian hari tu, telah seminggu aku terlantar di katil hospital ini. tiada siapa yang menemani hanya isteriku yang setia. Anak-anakku .. usah ditanya . .aku menunggu dan terus menunggu.Mujur juga jiran-jiran datang mengunjungiku hilang sedikit rasa kesedihan..tapi hatiku rindu pada anak-anak. Isteriku seakan mengerti perasaanku yang rindukan anak-anak. Dia sering berbisik di telingaku.. “Hari ni mungkin anak-anak kita akan datang.. sabarlah ya” dengan lembut dia berkata sambil tangan berkedutnya mengusap-ngusap dahiku. Dari hujung mataku terlihat air jernih di bibir matanya. Tabahnya kamu isteri.
Kini sudah 10 hari aku terlantar, waktu melawat telah tiba.. mataku memerhati di pintu masuk..moga-moga ada wajah-wajah yang aku rindui. Badanku juga telah semakin lemah. Isteriku menyuapkan bubur nasi di mulutku..aku palingkan muka. Tersenyum isteriku berkata..”Makan la sedikit.. macam mana nak jumpa anak, nak memegang cucu kalau abang tak ada tenaga” usik isteriku. Aku hanya terdiam..memberontak tetap juga tidak akan makan.. aku mahu anakku yang menyuapkan makanan ke mulutku.. Aku rindu kalian. Terdengar derai tawa pesakit disebelah katilku..kerna diusik tetamunya. Tiba-tiba aku terpandangkan seorang perempuan persis anakku yang kecil, tersenyum memandangku..manis senyumannya…aku membalas senyuman itu.. “Ya Allah terima kasih.. aku bersyukur kau telah kabulkan doaku.. anakku telah datang.. rindunya aku padamu sayang….belahan jiwaku”
Perempuan itu mampir kepadaku..dan membaca nama di hujung kepala katil..Dihatiku bergetus takkan dia sudah lupa nama ayahnya sendiri.. Hashim..Aku melihat gerakan bibirnya menyebut namaku..senyuman tidak lekang dari bibirnya..Oh rupa-rupanya dia adalah tetamu untuk katil sebelah…. Oh kecewanya hatiku…. “Ya Allah.. kenapa anak-anakku membuat aku terseksa begini..” jeritku dalam hati.
Waktu melawat hanya tinggal sejam sahaja lagi. Aku masih juga dipaksa untuk makan. Jururawat juga telah datang kepadaku memujuk untuk makan.. tapi aku tiada selera aku mahu anakkku..Di penjuru katil aku melihat isteriku menyeka airmatanya dengan hujung baju. Belas hatiku melihatnya. “Maafkan aku wahai isteriku yang disayangi aku mahukan anakku..anakku.. anakkuuuuu..” aku meraung sekuat hati.. dengarkah kamu wahai anak-anakku?

RENUNGAN TERAKHIR SEORANG AYAH... part 1

Kedengaran kicau burung di luar rumah riang sekali. Ayam betina berketak-ketak menandakan saat hampir bertelur..Sinar cahaya pagi yang mengandungi vitamin D menyuluh masuk di dalam kamar tempat di mana aku terbaring. Bayu pagi sepoi-sepoi bahasa menyentuh wajahku dari jendela yang terbuka. Namun apakan daya aku telah tidak dapat melihat anugerah alam ciptaan Yang Maha Berkuasa ini, telah berhari-hari aku terlantar di kamar…sepi..tanpa sesiapa menemani. Hanya si tompok kucing peliharaanku mengigau-giau dihujung kaki, mengesel-gesel bulunya untuk dibelai. Selain dari si tompok, isteriku yang amat setia menjagaku..seorang wanita yang cekal…tetapi dia juga telah tidak bertenaga..kasihan..”Maafkan aku..suamimu kerna telah menyusahkanmu wahai isteriku yang dikasihi.

Aku merenung di kejauhan di manakah anak-anakku yang aku besarkan. Tidakkah mereka tahu yang aku kini terlantar sakit berhari-hari. Sibuk sangatkah mereka hingga tiada masa untuk pulang menjengukku, menjenguk ibu mereka.Apakah salahku Ya Allah hingga mereka melupakan diriku..insan yang telah membesarkan dan berkorban kasih sayang untuk membesarkan mereka. Mengikat perut untuk memberi mereka sesuap nasi dan memberi mereka pelajaran. Kini setelah berjaya ketiga-tiganya meminggirkan aku. Anak yang sulung lelaki menjadi Pegawai Kastam dan dua orang lagi perempuan menjawat jawatan sebagai guru. Sudah lama mereka tidak pulang..tak silap perkiraanku hari raya tahun lepas sahaja mereka menjengahkan muka mereka di rumah ini.Tiba-tiba dadaku sesak.. sukarnya aku bernafas..aku cuba memanggil isteriku tapi suaraku terhenti di kerongkong. Aku menggolek-golekkan badan dan akhirnya..DUM aku terjatuh dari katil.. Ya Allah sakitnya..tulang-tulangku apabila bertemu dengan lantai. Tak semena-mena isteriku datang menerpa.. “Ya Allah abang, abang kenapa boleh jadi macam ni” dalam sendu aku terdengar suaranya.. aku tak bisa berkata-kata hanya kedengaran bunyi mengerang dari mulutku kerna kesakitan. Dengan kudrat tuanya isteriku cuba mengangkat aku kembali ke katil.. tapi aku jatuh sekali lagi bersama-sama dengannya. Dari bibir isteriku aku terdengar ungkapan maaf darinya.. “Maafkan Siti abang, maafkan” dengan linangan airmata isteriku menuturkannya. Kamu tidak bersalah isteriku..tidak sekali-kali. Suamimu ini yang bersalah kerna telah menyusahkanmu. Dengan termengah-mengah isteriku bangun dan mengambil bantal dari katil dan mengalas kepalaku. “Abang tunggu kat sini sekejap ya.. Siti panggil orang bantu angkat abang” terhenjut-henjut isteriku berjalan. Sebal hatiku kerna aku tiada berdaya lagi. “Anak-anakku jika kalian ada tentu ibumu tidak susah begini…tidak kasihankah kalian pada kami..apakah salah ayah wahai permata hatiku” rintihku dalam hati

Friday, 25 February 2011

alahai... nasib

huh !! kejam celik kejam celik da sebulan aku merasa kesakitan yang x pernah aku alami sebelum ni. sebulan tu la aku dapat rasa pakai wheelchair dan bertongkat tuk pergi ke kelas tau mane2 je..ermmm .... da cm orang OKU da pulak. nak buat cmne alahai... nasib!! ini semua berpunca diatas kegumbiraan aku yang terlampau bila da jumpe hobi aku( main badminton je pon).. hehehe.. nak dijadikan cerita aku tersembam menyembah bumi. dan ketika aku merasakan bahawa nyawaku da melayang naik ke atas.. sakitnyee mak oi!! hanya tuhan je yg tahu waktu tu.. lututku alami kecederaan da lah waktu tu aq kne naik ambulans... fulamak !! beshhhh sgt2.. hahaha. tapi jgn tak tahu dlm hati ni merintih kesakitan... 

tu yang aku rasa menyesal sgt2.. bru sekarang aku sedar dan kini aku harus waspada dgn apa yang aku buat. semoga Allah sentiasa melindungi aku. AMIN...
bila aku sakit cmni kn.. aku suka mengadu kat mak, kak long, kak ngah, kak uda, abah dan org2 disekeliling ku.. huhuhu tp aku bkn anak manja k cme anak bongsu jerk..dan mak aku ada suruh aku balik.. HAAA!!! ni nak cerita ni paling besshhhh dalam dunia.. hehehehe
mase kat airport aku guna khidmat wheelchair la.. punye la seronok sbab yang sorong aku pramugara yang paling hensem la.. hahaha...(jgn jeles !!).. da la dpt jumpe org hensem pastu dpt seat VIP pye tu kawan... alhamdulillah...

aku terima rawatan di hospital.. buat terapi. huish !! cm serius je sakit aku ni.. nak buat cmne alahai ,,,, nasib badan!! kemudian aku balik ke tempat aku bertapa 3 tahun ni.. try buat permohonan cuti tanpa gaji..hahaha.. taklah cuti sementara tuk pulihkan aku sakit je. aku bersyukur diluluskan. terima kasih my step DADDY..Dr. Zamri .huhuhuu...dan kini aku berfikir apa kah hikmah nye kejadian yg aku alami ni?? musykil jugak. tu yg aku selalu tekankan ayat 5 dan 6 surah al-insyirah tu. setiap kesukaran dan kesakitan pastinya di hadapan ada kemudahan dan kesenangan yang akan kita kecapi.. wallahualam tu semua kerja tuhan "kun Fayakun". kita ni hanya lah berusaha mencari penawar dan bertawakal kpadaNya saja...

dengan lafaz BISMILLAHIRAHMAN RAHIM.... aku merasmikan blog ku !!

assalamualaikum sahabat sekalian...
pertama kalinya aku betul2 teruja nak join buat blog. ye la org lain ada blog aku pon kdg2 teringin gak nak try... hehehe (nangga la kitak kinektok mik da molah blog...cayala beb) huhuu..da advance skit. aku mulakan dengan pengenalan aku. NAFAS CINTA INSYIRAH... nama ni jiwang ke?? hopefully nope.. sebab aku da jatuh cinta dengan keagungan ayat2 cintan ya WADUD... iaitu surah al-insyirah. especially ayat 5 dan 6 tu..

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

bila aku da mula duduk jauh dari keluarga.. baru pemikiran aku matang tentang kehidupan. setiap nafas kita sebenarnya adalah dari yang maha pencipta. oleh itu, hanya DIA yang menjadi pelindung diwaktu kita sendirian.. kenapa aku pilih ayat diatas tu?? nak tau ke... sbab kita selalu hidup didepani dengan byk dugaan dan ujian. ayat diatas tu jugak knapa Allah suka ulang 2 kali sbab setiap perkara yang sulit dan sukar pasti ada kesenangan yang hakiki yang akan kita kecapi...semua tu datang nya dari sape?? klu bkan yang maha pencinta..YA RABBULIZZATI... subhanallah. DIA begitu sayang kat kita sampai mcm tu sekali dia uji kita sebagai umatnya... haa... sahabat sekalian aku bkn nak ceramah agama tapi ni la yang aku rasa tenang jek.. tu yang bleh terfikir nak pakai nama NAFAS CINTA INSYIRAH tu sangat2... huhuhuu~~