Saturday, 4 August 2012

ramadhan kali ini

kini masuk bulan ramadhan.. alhamdulillah dah 2 kali ramadhan ku dapat berpuasa bersama keluarga selepas melanjutkan pelajaran di sarawak.. kadangkala terasa kerinduan menerjah mahu berpuasa di sarawak lagi. sebabnya kemeriahan puasa bersama kawan-kawan diperantauan la katakan.. hehehe..

cepat masa berlalu sekarang dah hari ke-16 berpuasa.. masaku penuh diisi dengan bertadarus disamping mencari rezeki yang tidak seberapa dengan bekerja membuat biskut raya di rumah jiranku.. masa mengecat rumah digalas oleh ku sendiri.. kemas rumah.. ngee [^__^] tu semua akula yang buat.

semalam adik-beradikku semua balik berbuka puasa di rumah. ya allah meriahnye dengan suara anak-anak saudara yang masih kanak-kanak... sempat juga aku main bunga api dengan mereka..

Sunday, 17 June 2012

mampukah aku???

Manpukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya
Yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga
Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir yang merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara masyitah
ps:-masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki..semoga kite terus istiqomah
~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya

DEMI MASA... yang terus berjalan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( surah al-ashr )


masa sering berputar tanpa henti. walau setiap manusia diberi 24 jam dalam sehari. ini menandakan masa itu terus berjalan menyusuri hari-hari kehidupan kita. Alhamdulillah hampir setahun lagi pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. cepat masa berlalu walau masih banyak ilmu yang belum terisi di dada. semoga ilmu yang ditimba memperoleh keredhaan oleh-Nya. masa jua membatasi kita tatkala berada di perantauan. rindu kepada keluarga memang amat memeritkan tapi apabila memikirkan cita-cita dan amanah yang digenggam perlu dilaksanakan diriku gagahi jua.. 


demi masa.. apabila masuk bulan JUN.. maka hadirlah masa yang dinanti iaitu hari lahirku..
Ya Allah di saat ini kau masih memberi peluang buat hambamu untuk terus sujud kepada-Mu.. alhamdulillah. umur yang diberi sangat ku bersyukur ditambah dengan keberkatan kesihatan sepanjang semester ini. semoga kehidupan ku pada masa akan datang akan terus direncana dengan istiqamah meraih cinta yang Maha Pencinta.. 

Tuesday, 5 June 2012

DRIVE KERETA punya hal.. layann...

di kala tarikh  5 jun 2012.. 





Minggu study week datang lagi.. dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran sempat lagi menyiapkan tugasan dan tanggungjawab yang digalas.. kisah bermula demikian .. jeng,jeng,jeng….
        
Usai menelaah di perpustakaan saya pergi ke kolej Bunga Raya berjumpa dengan Mr. presiden dengan timbalannya iaitu adik kesayanganku Nasrulhaq dan Khang Ah Siong.. mulanya untuk berbincang tentang pengisian projek akan datang.. di waktu petang sudah lah café di kolej tersebut tutup akibat kemogokan mak cik tukang masak ditambah pula titisan hujan yang membasahi bumi UNIMAS. Membuatkan kami bertiga berasa lapar sangat-sangat..

       Nasrulhaq buat keputusan mengajak kami makan di luar.. “ kak limah, jom kita pegi makan kat DI (kami panggil desa ilmu)”.. khang menjawab “boleh2.. tapi kak limah la yang drive kereta”.. huhuhu… tergelak saya mendengarnya..

       Tanpa disangka adik2 kesayangan saya intan payung ni harap je nama lelaki tapi sayangnya belum berkemahiran memandu kereta. “ xpe la. Kak limah lah yang drive nanti..” jawabku.

Sesampai je di Desa Ilmu kami pun singgah makan di My Chicken.. (walau duit PTPTN dah sengkek sempat juga pegi makan kat tempat tu).. alahai..

Ok.. dah kenyang.. kami pon mulakan langkah untuk balik.
Saya mula terfikir,, kereta sewa ni perlu dihantar ke kolej mereka tapi bagaimana saya pula nak pulang ke kolej sendiri ??? satu persoalan menerjah.. siapa yang nak hantar??? Tiba-tiba…. Jeng, jeng, jeng….

Daripada adik saya yang sorang ni tak pandai memandu kereta terpaksa punya pasal.. nasib lah.. memang gabrah waktu tu bila Khang Ah Siong yang memandu.. simpang siur dibuatnya dengan kereta terhenti di tengah roundabout.. adoyai.. pening kepala.. saat cemas takut kemalangan !! disebabkan hal ini lah telefon bimbit saya tercicir mujur adik Nasrulhaq terjumpa dalam kereta.. yang pasti selepas hantar saya pulang mereka selamat sampai..

p/s : pengajaran hari ini,, adik2 sekalian tolonglah belajar kereta yee.. hehehehe =)

Monday, 28 May 2012

kejadian kelmarin.. ujian hari esok~~



Tepat jam 3.45 petang Sedang khusyuk aku mendengar pembentangan rakan di kelas tempoh hari tetiba je dapat call dari kampung.. sayup2 kedengaran suara mak .. kata mak “tengah buat apa?” aku pun menjawab “dalam kelas ni mak” .. jadi mak aku pun kata tak apelah ganggu kelas kau je. Aku pun nak sedapkan hati mak.. ni aim tengah rehat 5 minit mak..

Aku merasa ada sesuatu yang mak aku sembunyikan dari nada suara yang aku dengar berbeza sekali. Aku pun tanya kat mak.. kenapa??

Hatiku tersentap!! Lututku ku rasa longgar air mataku mula berjujuran… mak mula mengatur kata “ abah accident  baru je tadi.. mase nak hantar nurul (anak kak long) pergi sekolah..dah la kau jgn fikir sangat x pape la 2”..  aku tahu mak sebak nak cakap lagi.. aku mengiakan je apa yang mak cakap. Lepas tu mak kata lagi.. “tadi aida (jiranku) kata abah longlai sangat terkulai kaki abah” lagilah air mata aku tak putus2 keluar.. YA ALLAH !! teruk ke abah dengan nurul..

Kebetulan kejadian kelmarin ,, imbasan 2 tahun yang lepas tarikh yang sama 25 mei 2010 aku, mak, abah dan kak uda alami accident kat lebuhraya linggi-KL.. dan hari ini tarikh yang sama 25 mei 2012 ujian menimpa lagi.. “ABAH ACCIDENT !!”
Seharian aku menangis ,, aku call kakak2 aku sume sedang siduk di talian..  

Dan akhirnya aku dapat jugak call kak uda tanya perkembangan abah.. “ abah tak nak cakap dengan kau” “Dia tak nak kau tahu dia sakit” lagi sebak aku dengar.. YA ALLAH !! ujian ini begitu besar buat hambamu yang penuh dengan longgokan dosa ini .. aku lemah nak hadapinya.. kalau hari itu, duit di akaun aku berbaki lebih 300 ringgit memang sanggup aku balik on the spot !! tapi nak buat cmne lagi.. aku taka de daya .. cme berbekalkan doa dan semangat yang kawan2 bagi je..

Hari ini 28 mei 2012.. jam 4.30 petang .. kring..kring!! abah mak nama yang keluar kat handphone aku..
“mak.. dah makan lum??” cmne abah..
“mak tak larat.. badan dah sakit semua . kalau kau ada boleh urut2 mak ..” .. napelah mak cakap camtu kat aku lagi aku lemah badan. Rasa nak demam pun ada.. ya Allah ,, aku tahu mak seorang yang kuat semangat.. walaupon mak sakit tapi mak tetap tunjukkan yang dia kuat..

p/s : harap abah cepat keluar wad,, harap abah cepat sembuh boleh jalan cam dulu lagi.. nanti boleh hantar aim pegi balik unimas.. =’(

Monday, 9 April 2012

ku harap dari-MU

Di tahun 2012,, merupakan tahun yang amat sibuk bagi aku selaku mahasiswa.
bahkan semenjak aku memegang jawatan sekadar exco dalam persatuan fakulti sahaja namun tanggungjawab yang Allah berikan kepadaku amat menguji keimananku.. lantas di saat aku dalam kebuntuan hadir sang Ilahi memberi petunjuk.. ku harap setinggi mana pun aku berada aku masih teguh dilandasan yang benar..
Ya Allah,, amanah yang kupikul ini begitu berat. maka kau permudahkanlah pekerjaanku..
semoga dengan nikmat yang kau beri ini menambah rasa syukur kepada-Mu..

buat insan yang tersayang mak dan abah,, walaupun kalian jauh dimataku di saat aku memerlukan bantuan namun ku pinta doa agar pejuangan ku sentiasa diredhai..

betul kata sahabatku dalam SMS "Dalam diari seorang pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan,dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.. mereka tepu dengan ujian, cuma sesekali airmata menerjah pipi,, lambang kekerdilan kudrat hamba.. berdepan belaian PENCIPTA.. sebagai tanda ingatanNYA..TERUS SENYUM WALAU PAYAH.. semoga dikau terus tabah di jalan juang yang kau pilih.."

semoga segala pekerjaan aku jalankan dipermudah. aku bertekad untuk terus berusaha =)