Tuesday, 5 June 2012

DRIVE KERETA punya hal.. layann...

di kala tarikh  5 jun 2012.. 





Minggu study week datang lagi.. dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran sempat lagi menyiapkan tugasan dan tanggungjawab yang digalas.. kisah bermula demikian .. jeng,jeng,jeng….
        
Usai menelaah di perpustakaan saya pergi ke kolej Bunga Raya berjumpa dengan Mr. presiden dengan timbalannya iaitu adik kesayanganku Nasrulhaq dan Khang Ah Siong.. mulanya untuk berbincang tentang pengisian projek akan datang.. di waktu petang sudah lah café di kolej tersebut tutup akibat kemogokan mak cik tukang masak ditambah pula titisan hujan yang membasahi bumi UNIMAS. Membuatkan kami bertiga berasa lapar sangat-sangat..

       Nasrulhaq buat keputusan mengajak kami makan di luar.. “ kak limah, jom kita pegi makan kat DI (kami panggil desa ilmu)”.. khang menjawab “boleh2.. tapi kak limah la yang drive kereta”.. huhuhu… tergelak saya mendengarnya..

       Tanpa disangka adik2 kesayangan saya intan payung ni harap je nama lelaki tapi sayangnya belum berkemahiran memandu kereta. “ xpe la. Kak limah lah yang drive nanti..” jawabku.

Sesampai je di Desa Ilmu kami pun singgah makan di My Chicken.. (walau duit PTPTN dah sengkek sempat juga pegi makan kat tempat tu).. alahai..

Ok.. dah kenyang.. kami pon mulakan langkah untuk balik.
Saya mula terfikir,, kereta sewa ni perlu dihantar ke kolej mereka tapi bagaimana saya pula nak pulang ke kolej sendiri ??? satu persoalan menerjah.. siapa yang nak hantar??? Tiba-tiba…. Jeng, jeng, jeng….

Daripada adik saya yang sorang ni tak pandai memandu kereta terpaksa punya pasal.. nasib lah.. memang gabrah waktu tu bila Khang Ah Siong yang memandu.. simpang siur dibuatnya dengan kereta terhenti di tengah roundabout.. adoyai.. pening kepala.. saat cemas takut kemalangan !! disebabkan hal ini lah telefon bimbit saya tercicir mujur adik Nasrulhaq terjumpa dalam kereta.. yang pasti selepas hantar saya pulang mereka selamat sampai..

p/s : pengajaran hari ini,, adik2 sekalian tolonglah belajar kereta yee.. hehehehe =)

No comments: