Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( surah al-ashr )
masa sering berputar tanpa henti. walau setiap manusia diberi 24 jam dalam sehari. ini menandakan masa itu terus berjalan menyusuri hari-hari kehidupan kita. Alhamdulillah hampir setahun lagi pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. cepat masa berlalu walau masih banyak ilmu yang belum terisi di dada. semoga ilmu yang ditimba memperoleh keredhaan oleh-Nya. masa jua membatasi kita tatkala berada di perantauan. rindu kepada keluarga memang amat memeritkan tapi apabila memikirkan cita-cita dan amanah yang digenggam perlu dilaksanakan diriku gagahi jua..
demi masa.. apabila masuk bulan JUN.. maka hadirlah masa yang dinanti iaitu hari lahirku..
Ya Allah di saat ini kau masih memberi peluang buat hambamu untuk terus sujud kepada-Mu.. alhamdulillah. umur yang diberi sangat ku bersyukur ditambah dengan keberkatan kesihatan sepanjang semester ini. semoga kehidupan ku pada masa akan datang akan terus direncana dengan istiqamah meraih cinta yang Maha Pencinta..







No comments:
Post a Comment