Wednesday, 30 March 2011

.:: HaNyA sedikit CuMa::.

Kerempeng! Buruk! Bulat!... mari sini makan..!!! Itulah jeritan seorang yang dipanggil ayah. Saban petang, selepas saja waktu bekerja dia akan ke pengkalan di tepi laut untuk memberi binatang-binatang yang terbiar makanan. Bukan makanan mentah tapi makanan yang telah direbus terlebih dahulu. Setiap pagi si ayah akan ke pasar, mengambil kulit-kulit ayam, ikan –ikan busuk semuanya dikumpulkan oleh peniaga atas permintaan ayah. Daripada dibuang, baik disedekahkan pada makhluk yang memerlukannya. Makanan- makanan ini akan direbus terlebih dahulu dan digaulkan dengan nasi. “Kesian, binatang-binatang ini makhluk Allah juga, jangan beri yang mentah, liat susah binatang tu nak makan.. lagipun takut binatang tu sakit perut..” katanya. Itulah jawapan si ayah apabila diajukan soalan kenapa beri makanan sebegitu kepada haiwan-haiwan tersebut.


Binatang-binatang tersebut bukan sahaja kucing malah anjing juga diberi makan. Tak kurang 15 ekor haiwan itu kesemuanya. Itu yang hidup, yang telah mati pula berpuluh-puluh ekor. Sebagai tanda kasih haiwan-haiwan tersebut kesemuanya diberi nama. Bergantung keadaan fizikal sewaktu ditemui atau ciri-ciri unik yang dimiliki oleh haiwan-haiwan tersebut. Ada juga haiwan yang di pelihara itu mati, yang sakit dibawa ke hospital dan dirawat. Kalau mati akan ditanam sebaik mungkin. Allah Maha Penyayang.. kepada makhluk yang kecil itu juga dititipkan kasih dan sayangNYA..Kata si ayah.. sekiranya ada haiwan yang mati.. semua haiwan yang lain akan berkumpul dan bertafakur..mencium sahabat mereka yang mati.. akan bersama-sama menunggu si ayah mengalikan tanah dan ditanam. Apabila selesai, haiwan itu masih lagi menanti dikubur buat seketika seolah-olah merasa kehilangan atas pemergian sahabat sepermainan… ada juga haiwan itu mengalirkan airmata dan meratap sayu..
Semuanya seperti pelakuan manusia.. Allahuakbar.. indahnya perbandinganMU..

Pada satu petang, si ayah tidak sihat badan.. diminta si anak menghantarkan makanan buat haiwan-haiwan terbiar itu. Pada sebelah malamnya kesihatan si ayah menjadi semakin teruk. Si anak telah menghantar ayahnya ke hospital dan amat memeranjatkan si ayah terus ditempatkan di ICU kerana telah koma. Berkumpullah semua ahli keluarga, menanyakan hal dan melahirkan rasa simpati.
Si ayah tidak dibiarkan sendirian, setiap waktu dilawati, dikirimkan bacaan ayat-ayat suci dari ahli keluarga. Alhamdulillah selepas 10 hari si ayah sedar dan selama 3 bulan lebih ditempatkan diwad biasa. Selama itu juga, si isteri dan anaknya menjalankan tanggungjawab menghantar makanan kepada haiwan dipengkalan.

Selepas si ayah beransur pulih, diceritakan kepada kami. Sewaktu dia koma, beliau sentiasa mendengar bacaan ayat-ayat suci tetapi beliau berada di satu tempat yang amat asing. Luas sesaujana mata memandang.Gelap gulita. Beliau sendirian..tiba –tiba beliau di datangi segombolan makhluk yang amat buruk, wajahnya bertaring, bertelinga panjang, suara yang mengerunkan. Makhluk itu ingin menangkap si ayah. Kehadiran makhluk itu disertai api yang amat panas. Serta-merta suasana yang gelap gulita menjadi terang benderang dan membahang. Nyalaan api merata-rata. Tangan-tangan yang mengerutu menarik-narik si ayah untuk ikut serta dalam kumpulan itu. Bacaaan ayat-ayat Al-Quran masih kedengaran, sia ayah menjadi takut dan lari sekuat hati menuju kepada arah datangnya bacaaan ayat suci itu. Sambil itu makhluk tersebut terus mengejar malah lebih pantas..Sewaktu si ayah hampir tertangkap, datanglah sekumpulan makhluk kecil.. iaitu kucing dan anjing. Haiwan-haiwan itu berlawan dengan makluk yang buruk wajahnya. Si ayah dapat menggenali bahawa haiwan yang bertarung itu adalah anjing dan kucing yang telah mati, yang diperlihara dan ditanam. Subhanallah..Allah telah menghantar askar-askarnya..Haiwan kecil itu telah membalas jasa insan yang memberi makan kepadanya.

Larilah si ayah melepaskan diri, tiba-tiba terpercik api yang amat panas di atas kakinya. Mengelupur kepanasan si ayah di situ. Beberapa ekor kucing menggiau-giau dengan kuat  seperti menyuruhnya bingkas bangun. Dengan kepayahan terhenjut-henjut dia berlari ke arah bacaan yang didengari. Dia tidak ambil peduli lagi apa yang berlaku dibelakangnya.
Selepas itu si ayah tidak menyedari apa-apa lagi.

Keajaiban ALLAH berlaku lagi, semasa di keluarkan dari ICU kaki si ayah melepuh, merening air bisa.. Kaki si ayah dirawat, dibersihkan segala luka, daging yang telah masak dibuang dan ditampal dengan kulit peha. Gambar yang disertakan adalah gambar kaki si ayah sewaktu daging-daging yang masak telah dibuang.
Para doktor tidak tahu kenapa kaki ayah begitu …hanya si ayah yang ada jawapannya.

Nota: Si ayah memberitahu pada kami, itu “HANYA SEDIKIT CUMA” bara api yang memercik di kaki..Cuba kita bayangkan sekiranya api neraka yang sebenarnya.. bagaimanakah panas dan terbakar seluruh anggota.

Saudara-saudaraku yang disayangi kerana ALLAH..sayangilah makhluk-makhluk ALLAH walaupun hanya seekor binatang (najis mughalazahah) usah dihina dikeji, kerana  setiap sesuatu yang dijadikan oleh ALLAH membawa faedah kepada kita, tanpa kita sedari. Dan insaflah, perbaiki diri, banyakkan amalan, hari pembalasan telah semakin hampir,,Bermohonlah kita kepada ALLAH semoga diberikan pertolongan dan perlindungan serta belas kasihannya dari memasukkan kita ke neraka yang panas apinya menjulang-julang hingga ke hati.

Firman Allah s.w.t
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali (Al-Mulk 67:5-6

Monday, 28 March 2011

PENGALAMAN berharga...

alhamdulillah... impian aku tercapai untuk wakil debat. huh!! first time tu di arena universiti.. bukan calang2 debat. kali ini DEBAT PIALA TNC (timbalan naib canselor) ... fulamak!! sentap.. walaupun pada dasarnya niat aku untuk masuk suka2 tapi bila dah terjebak dah tak boleh lagi berundur. TUN TEJA memang persis srikandi melaka pantang berundur walau selangkah.. berbekalkan pengalaman yang sedikit cuma aku sahut segala cabaran ini. TAHNIAH !! akhirnya menang juga walaupun hanya di tempat ke 3. terima kasih pada sifu2 yang dah tolong aku.. tahniah juga buat team cathorinner guri, seow jing yin dan mohd nor sabri.. tanpa kebolehan korang mungkin kita tak kan sampai di peringkat tinggi ini. 

aku amat berharap agar impian aku yang pernah aku impikan sejak budak2 dulu tercapai. SEBARIS dengan PENDEBAT terunggul universiti bukan nya mudah.. hanya ilmu yang banyak mampu meletakkan diri sebaris mereka. =)

lepas aku join debat aku berpeluang join pantun.. pesta pantun malam Aspirasi 1Malaysia aku diberi kepercayaan untuk jadi jurupantun. alhamdulillah bersyukur pertandingan tu berjaya aku handle. seronok jugak berpantun, dapat aku cungkil bakat dalam berpantun.. menjadikan minda kita kreatif dan kita juga dapat memartabatkan budaya kita.. 

senja merah di muka segara,
hati rawan beradun rindu,
lafaz bismillah pembuka bicara,
di medan blogger kita bertemu...

Saturday, 19 March 2011

---> K.a.W.a.N <---

setiap antara kita takkan lepas dari mempunyai seorang kawan. kawan sahaja yang banyak meluangkan masa bersama-sama kita. jika di sekolah siapa yang selalu kita berjumpa, di alam kampus kita selalu berdamping dengan siapa sudah pasti kawan bukan?? kawan ini ibarat adik-beradik kita walaupun kita mempunyai ibu, bapa dan adik-beradik kandung.. tapi memang tak boleh hidup tanpa seseorang yang bernama KAWAN... 
ni la kawan-kawan yang pertama aku jumpa kat kampus... camne entah aku boleh kenal dieorang ni.. hehehe... yang pasti budak perempuan yang tudung coklat tu memang aku kenal dari sekolah..





alamak!! huhuhu....apsal kawan aku ramai lelaki nih.. ni pon kawan-kawan di kampus.


  

haa... ni kawan yang paling rapat.. sampai buat team lagi.huhu.. Team U.S.A (ujie~siha~aim) fulamak...



 KAWAN.. dia yang boleh buat kita ketawa, dia yang boleh kita buat menangis, dia yang boleh buat kita geram, dan apa2 je la..  mak aku selalu pesan!! cari kawan yang boleh kita percaya.. cari kawan yang boleh memimpin kita kalau kita silap.. kawan yang senang atau susah selalu berada di sisi kita.. mak aku juga ada pesan!! cari kawan kerana Allah.. jangan cari kawan sebab kepentingan semata-mata.. memang betul kata mak aku tu.. kawan boleh dicari tapi musuh jangan dicari..OPPss!! 




namun aku masih bersyukur masih ramai lagi KAWAN yang masih bersama-sama dalam perjuangan ku. kalian lah yang selalu memberi kata sokongan padaku tatkala aku lemah, kalian lah yang hulurkan tangan tatkala aku terjatuh.. .. kawan+sahabat+rakan...


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERNA JADI SAHABAT DAN TAULAN....

Thursday, 17 March 2011

permata hati....


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia




dikala kita sudah dewasa  pernahkah kita mengingati mereka,di kala kita dalam kesibukan mengejar dunia permata hati yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. tatkala mereka di mamah usia. sedangkan kita telah berjaya di puncak pernahkah kita sedar bahawa segala kejayaan itu adalah datangnya dari restu mereka. mengapa tergamak insan permata hati itu dicampakkan di rumah orang-orang tua. wahai anak-anak generasi muda, usahlah kita lupa akan jasa dan bakti mereka. sesungguhnya insan permata hati yang selama kita memanggilnya, IBU,,MAK,,UMMI..MAMA.. dan AYAH..WALID..ABAH..PAPA.. adalah anugerah yang amat bernilai dari yang maha Esa..

aku sayang mereka.. tiap kali langkah ku, tiap kali mulut menyuap makanan, tiap kali aku ketawa pastinya aku akan terkenangkan mereka... adakah dikala aku dalam gembira mereka dalam duka,,, adakah dikala aku kekenyangan mereka dalam kelaparan..dikau permata hati doa dipohon agar dikau sejahtera. semoga mak dan abah sentiasa bahagia...

Monday, 7 March 2011

MERIAM BULUH...serunding daging...(ceritera) part 2

"itulah serunding daging rahsia pengikat cinta menjelang ramadan yang mulia!"






Tanpa nafi, dia juga rindukan sahabat sepermainannya itu. bersama Razali dan Rizduan, mereka sering digelar three stooges. Mereka kemudiannya bersama-sama menyambung pendidikan ke aliran agama hingga ke menara gading. Bezanya faiz sendiri ke Universiti Yarmork,Jordan dan Razali ke Al-Azhar, Mesir. Hanya Rizduan memilih university dalam negeri, gara-gara enggan meninggalkan atuknya yang kian tua.
Lantas, saat mengenangkan kembali nakal mereka sewaktu kecil, Faiz sering ketawa sendirian. Puasa yang-yuk(main-main) jadi amalan,solat menjadi mainan. Mujurlah mereka berubah setelah usia di takah remaja dan kini kian dewasa.
“jadi Faiz ke Kemboja awal Ramadan nanti?” suatu pagi usai solat subuh di surau hadapan rumahnya, Faiz menerima panggilan daripada bonda. Ibu dan ayahnya setia meladeni sisa usia di kampung meniti senja.
“insyaallah jadi ibu.mungkin lima hari lagi kami berangkat.” Faiz membalas mesra.
“ibu nak pesan, jangan jatuh hati dengan gadis kemboja pula…” ada nad seloroh di kuping telinganya.
“tapi, apa salahnya ibu…”
“memang tak salah Faiz, tapi ibu dan ayah dah ada calon menantu!”
Hampir tersedak Faiz. Tanpa diduga, rezeki apa pagi ini agaknya.
“Er… calon menantu..siapa orangnya ibu, co..comel ma..macam…”
“amboi… sedarlah sikit awak tu ustaz. Kecantikan akan hilang, agama yang kekal. Tapi jangan bimbang, ibu dan ayah sudah cari yang terbaik untuk Faiz. Cuti hujung minggu nibalik ke kampung. Nanti kita berjumpa dengannya.” Jawab ibu.
* * * *
Dengan degup jantung yang cuba dikawal, Faiz mematikan enjin dan melangkah keluar dari kereta. Dia menuju ke pintu dapur yang terbuka luas. Dia pasti, ayah dan ibunya sering melayani tetamu di situ.
Tiba-tiba di muk pintu, tersembul wajah yang lama sudah tidak disapanya, wajah Razali…dia melajukan langkah dan berbalas salam.
“mari Faiz, ana perkenalkan anta dengan seseorang…”
Saat kaki melangkah bendul, hampir tersembul mata Faiz dibuatnya. Di atas sofa, duduk seorang gadis berwajah mulus berlesung pipit diapit oleh ibunya dan ibu gadis itu.
“ Faiz, ini ayah perkenalkan… pak cik Hamidun dan keluarganya dari Kuala Selangor. Mereka ke sini untuk berziarah, sambil-sambil berkenalan dengan calon menantu!”
Muka Faiz memerah, itulah dia Aisya Hamidun gadis pujaannya di pejabat. Tanpa diduga, Aisya adalah calon isterinya. Padanlah Aisya pernah memberikan semangkuk serunding, yang pernah dirasanya di rumah Razali. Rupa-rupanya, itulah serunding rahsia pengikut cinta menjelang Ramadan yang mulia!
‘Alfun syukran ya rabb (jutaan terima kasih wahai tuhan)!’hati Faiz berbisik merdu..

MERIAM BULUH...serunding daging...(ceritera) part 1

"itulah serunding daging rahsia pengikat cinta menjelang ramadan yang mulia!"



Buluh betung berdiameter 15 sentimeter ditetak dengan parang. Berdetak-detak bunyi tetakannya. Tidak lama kemudian, batang buluh berkulit keras itu pun berkeriut lalu tumbang menyembah bumi.

"Jali, malam ni buluh aku akan kejutkan nenek engkau!" Faiz bersuara keras.
"Aku tak kisah, tapi awaslah Atuk Duan yang terkejut nanti!" Jali membalas. dia mempamerkan senyuman. Ada saki-baki kulit cili kering sambal tumis petai yang melekat di giginya.

"Kalau ya pun engkau tak puasa, janganlah tunjuk pada kami. malulah sikit," Duan mencelah. Dia duduk di sebelah Jali, menggagau sebotol air teh sejuk dari beg dan tanpa segan meneguknya. Rakus sekali!

"Cis, paku dulang,paku serpih engkau ni Duan..." Jali bersuara kembali. Derai ketawa pun pecah di tebing sungai, di kampung pedalaman di Ulu Lenggong,kira-kira 30 tahun silam.

Faiz tersenyum bila mengingatkan zaman remajanya yang serba nakal itu. Tiba-tiba, telefon pejabatnya berdering.Suara penyambut tetamu yang baharu beberapa purnama bekerja sebagai telefonis di tempatnya bersuara halus. Aisya, si gadis manis yang kian mencuri hatinya. Juga dia tidak lupa, sebungkus serunding daging enak yang diberi oleh aisya,masih dimakan berdidkit-dikit saban hari.

"astaghfirullah..." Faiz mengucap istighfar terleka sebentar mendengr suara Aisya.
"em.. ada apa-apa masalah? ustaz, boleh saya sambungkan talian?"
"ya..ya sambungkan." tuntas ustaz Faiz.

"Assalamualaikum sahabat, kaifahalul yaum ya akhie (apa khabar hari ni, saudaraku)?" suara Ustaz Razali.
"alhamdulillah. ana bil khair. wa kaifa anta(saya sihat, kamu pula)?" ustaz Faiz menjawab.

"wa alhamdulillah, wa ana aidon(dan saya pun seperti awak juga,sihat). Bagaimana ustaz Faiz, jadikah rombongan anta untuk misi kebajukan ke kemboja ramadan ini?" ustaz razali, pegawai Yayasan Pembangunan Islam Kemboja galak bertanya.

"insyaallah. kami dah mengatur rencana. jadualnya, seminggu lagi kami akan ke sana.

Friday, 4 March 2011

kenangan terindah !!

"HANYA ZAMAN PERSEKOLAHAN SAHAJA YANG MENGAJAR KITA ERTI PERSAHABATAN DAN REMAJA...
DAN BILA ZAMAN ITU ZAMAN ITU BERLALU..
NESCAYA IA TAK AKAN KEMBALI LAGI..
MASA INI JUGA KITA MEMBAWA HALUAN MASING-MASING..MUNGKIN SUKAR UNTUK KITA SEMUA BERSATU KEMBALI DALAM
SATU TEMPAT SEKECIL BILIK DARJAH ,,BELAJAR,BERGURAU, KE KANTIN BERSAMA...
TERBUKTI ZAMAN PELAJAR ADALAH ZAMAN REMAJA YG SUKAR DILUPAKAN..
MUNGKIN SATU HARI NANTI KITA AKAN MENANGIS KERNA RINDUKAN ZAMAN PELAJAR YG SGT INDAH. JADI HARGAILAH ZAMAN SEKOLAH ANDA..."



ermm... rindunya pada zaman hingusan dulu. semua skema2 belaka. hahaha !!
kawan-kawan aku semua dah jauh2.. cikgu2 amat aku rindu.(rindu kt dieorg pye leteran dan rotan).. biasa la murid nakal selalu kena rotan dgn kaunseling. banyak kenangan terindah waktu zaman ni..
buat cikgu2...
cikgu fauziah (mama pujie)yg dah bagi sokongan pada diri yg kerdil ini sehingga akhirnya diriku boleh sebaris dengan org2 hebat dulu. TERIMA KASIH yg tak terhingga,,,pada cikgu2 yg pernah marahkan aku sebab buat rosak majlis..opss!! rosak ke.ala tersasul sebut nama jerk.hehehe... almaklum berdebar kena jd MC majlis.homework2 yg smpi skrg tak terhantar harap halalkan je la ye..

buat kengkawan...aku rindu kat kalian. jika boleh diundur waktu pasti beshhh kan!!
banyak la kenangan kita semua. kalau bole aku nak tulis boleh jadi novel agaknya. walaupun korang jauh di mata tapi dekat di hati.. hanya doa yang boleh mengeratkan silaturrahim kita. kawan2.. masih ingat lagi tak bila kita sama2 kena denda waktu sekolah dulu. hehehe... lawak la kn. da besar2 pun masih kena denda lagi...hahaa..

RINDUNYA!!! RASA macam nak sekolah lagi je. nak pakai baju seragam sekolah..tak payah fikir nak pakai baju ape hari2.. hahak =)

Thursday, 3 March 2011

wahai WANITA...usahlah bersedih !!

ku hadiahkan kepadamu...
wahai wanita yg telah meredhai Allah sebagai tuhannya, islam sebagai agamanya dan muhammad sebagai rasulnya..
ku hadiahkan kepadamu..
wahai wanita yg meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran
ku hadiahkan kepadamu...
wahai murabbiyah yg berjuang dengan kalimatnya, memelihara norma dan membersihkan dirinya,
ku tujukan pula pada setiap ibu yg mendidik anak-anaknya utk bertaqwa,
menumbuhkan mereka dgn amalan sunnah nabi danyg menanamkan cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka.
terakhir... ku tujukan kepada setiap wanita yg dirundung kesusahan dan kesedihan..
berbahagialah dan bergembiralah dgn jarak yg begitu dekat, dgn bimbingan Allah
dgn keagungan pahala dan dengn pengampunan dosa...