Wednesday, 16 April 2014

kegembiraan bersama

alhamdulillah,, saya datang kembali di dunia blogger.
kali ni saya sangat excited + teruja + gembira... seolah-olah itulah rezeki saya tpi sebenarnya saya sekadar menumpang kegembiraan itu bersama dengan dia iaitu seorang sahabat.
dia ni baru je dapat panggilan lapor diri sebagai pegawai imigresen KP17 dapat pula di johor.. gamaknya dia yang asal dri terengganu kitew jdi ler orang johor ek.. hehehehe..

mudahnya allah menjemput rezekinya.. hari ni juga saya bantu dia untuk buat pengesahan dan surat dari fakulti. senang cerita allah mudahkan urusan kami.. datang je ke fakulti saya terserempak dengan Tn Hj Zaki.. terus dia ajak bincang di biliknya. dan2 lepas tu dia bawa kami jumpa dengan timbalan dekan untuk pandangan tentang urusan kerja sahabat saya ni. kemudian, kami dapatkan surat dari BPPS. semua smooth je urusan dia. yang penting saya ikhlas bantu dia sebab saya rasa bantuan saya yang sedikit ini pastinya membuat diri sahabat saya ni merasa sedikit selesa dan gembira.

saya amat berharap agar rezeki saya juga akan sepertinya. walau pada hakikat saya perlu lebih berusaha ke arah itu..

Sunday, 16 March 2014

Lembaran Baru

alhamdulillah... syukur. 
dah lama diriku meninggalkan dunia blogger. berbulan2 tanpa entry. jarang ku jengah blog ku yg tidaklah menarik ni. tiba-tiba, di saat ini aku rindu nak menerjah blog ku dgn entry baru. 

sekejap saja dah masuk lembaran baru iaitu tahun 2014. Tahun Akhirku. tak sabar aku untuk merasai Hari Jubahku kelak. 





gambar-gambar tu sbg inspirasi utk ku... tahniah my BFF.. tahun ni saya pula. sekarang yang penting saya ada dua projek yg kne dilaksanakan.. JENG!!! JENG!!

"PMK"... "PMS".... 

APA TU???.... PMK stand for "projek mencari kerja" dan PMS stand for "projek mencari suami".. heheheheheeeeee... wajibul ghunnah tu tau. almaklum matlamat dah tetapkan 25 tahun perlu capai misi tu.. kena lah usaha sekarang... 

Thursday, 3 January 2013

<< ustaz Don INSPIRASI REMAJA ISLAM>>

assalamualaikum..
(inilah dia ustaz Don Daniyal.. hensem x?? hehe)



( yang ini??? KAMI LA.. GENG 5227 UNIGARDEN)



ALHAMDULILLAH,,, sepanjang program banyak input2 yang berguna dan kisah2 yang boleh diambil pengajaran. yang pasti setiap penyampaian ustaz Don memang sempoi. yela pendekatan dengan remaja lain caranya.. semoga kami peroleh inspirasi untuk membentuk diri selari dengan sunnahnya..AMIIN.

TAHUN BAHARU~~~

ALHAMDULILLAH,,, selamat dan syukur akhirnya sampai ke penghujung tahun 2012 dan kini tahun 2013 pula menjelma... RASANYA BELUM TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BAHARU,, semakin menginjak tahun semakin besar cabaran hidup yang perlu ditempuh. inikan pula umur yang semakin banyak.. semoga tahun2 yang mendatang ini dapat mematangkan diri dan memperbaiki kelemahan. baru2 ini aku ada menghubungi kawan2 lama.. alhamdulillah ukhwah kami masih terjalin walaupun terpisah beribu batu. perkembangan mereka??? topik utama yang menjadi perbualan kami,, PERKAHWINAN... ye la umur pun dah memang patut fikir tentang itu.. seronok berbual, bercerita tentang kahwin.. adakah diriku sudah bersedia mendepani hal itu?? INSYAALLAH,, cme ilmu yang perlu ditimba agar nakhoda yang dibina nanti dipandu ke destinasi yang betul. 

jangan dilupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. penuntut ilmu perlu memperoleh keberkatan agar ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan sebaiknya.. kisah aku??
 sekarang dah masuk semester 5 jika dikira hampir satu semester lagi yang aku perlu kejar. namun, bila difikirkan soal pointer yang cemerlang terpaksa aku melupakan untuk bergraduat pada tahun depan.. USAHA KU BELUM CUKUP untuk mendepani masa hadapan yang semakin rumit. 

semoga aku terus matang dalam menghadapi ujian hidup ini. sesungguhnya Allah sudah menentukan apa yang terbaik untukku,, 

sekian, salam sayang
HALIMAH MS 

Saturday, 4 August 2012

ramadhan kali ini

kini masuk bulan ramadhan.. alhamdulillah dah 2 kali ramadhan ku dapat berpuasa bersama keluarga selepas melanjutkan pelajaran di sarawak.. kadangkala terasa kerinduan menerjah mahu berpuasa di sarawak lagi. sebabnya kemeriahan puasa bersama kawan-kawan diperantauan la katakan.. hehehe..

cepat masa berlalu sekarang dah hari ke-16 berpuasa.. masaku penuh diisi dengan bertadarus disamping mencari rezeki yang tidak seberapa dengan bekerja membuat biskut raya di rumah jiranku.. masa mengecat rumah digalas oleh ku sendiri.. kemas rumah.. ngee [^__^] tu semua akula yang buat.

semalam adik-beradikku semua balik berbuka puasa di rumah. ya allah meriahnye dengan suara anak-anak saudara yang masih kanak-kanak... sempat juga aku main bunga api dengan mereka..

Sunday, 17 June 2012

mampukah aku???

Manpukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya
Yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga
Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir yang merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara masyitah
ps:-masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki..semoga kite terus istiqomah
~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya

DEMI MASA... yang terus berjalan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( surah al-ashr )


masa sering berputar tanpa henti. walau setiap manusia diberi 24 jam dalam sehari. ini menandakan masa itu terus berjalan menyusuri hari-hari kehidupan kita. Alhamdulillah hampir setahun lagi pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. cepat masa berlalu walau masih banyak ilmu yang belum terisi di dada. semoga ilmu yang ditimba memperoleh keredhaan oleh-Nya. masa jua membatasi kita tatkala berada di perantauan. rindu kepada keluarga memang amat memeritkan tapi apabila memikirkan cita-cita dan amanah yang digenggam perlu dilaksanakan diriku gagahi jua.. 


demi masa.. apabila masuk bulan JUN.. maka hadirlah masa yang dinanti iaitu hari lahirku..
Ya Allah di saat ini kau masih memberi peluang buat hambamu untuk terus sujud kepada-Mu.. alhamdulillah. umur yang diberi sangat ku bersyukur ditambah dengan keberkatan kesihatan sepanjang semester ini. semoga kehidupan ku pada masa akan datang akan terus direncana dengan istiqamah meraih cinta yang Maha Pencinta..