Kerempeng! Buruk! Bulat!... mari sini makan..!!! Itulah jeritan seorang yang dipanggil ayah. Saban petang, selepas saja waktu bekerja dia akan ke pengkalan di tepi laut untuk memberi binatang-binatang yang terbiar makanan. Bukan makanan mentah tapi makanan yang telah direbus terlebih dahulu. Setiap pagi si ayah akan ke pasar, mengambil kulit-kulit ayam, ikan –ikan busuk semuanya dikumpulkan oleh peniaga atas permintaan ayah. Daripada dibuang, baik disedekahkan pada makhluk yang memerlukannya. Makanan- makanan ini akan direbus terlebih dahulu dan digaulkan dengan nasi. “Kesian, binatang-binatang ini makhluk Allah juga, jangan beri yang mentah, liat susah binatang tu nak makan.. lagipun takut binatang tu sakit perut..” katanya. Itulah jawapan si ayah apabila diajukan soalan kenapa beri makanan sebegitu kepada haiwan-haiwan tersebut.
Binatang-binatang tersebut bukan sahaja kucing malah anjing juga diberi makan. Tak kurang 15 ekor haiwan itu kesemuanya. Itu yang hidup, yang telah mati pula berpuluh-puluh ekor. Sebagai tanda kasih haiwan-haiwan tersebut kesemuanya diberi nama. Bergantung keadaan fizikal sewaktu ditemui atau ciri-ciri unik yang dimiliki oleh haiwan-haiwan tersebut. Ada juga haiwan yang di pelihara itu mati, yang sakit dibawa ke hospital dan dirawat. Kalau mati akan ditanam sebaik mungkin. Allah Maha Penyayang.. kepada makhluk yang kecil itu juga dititipkan kasih dan sayangNYA..Kata si ayah.. sekiranya ada haiwan yang mati.. semua haiwan yang lain akan berkumpul dan bertafakur..mencium sahabat mereka yang mati.. akan bersama-sama menunggu si ayah mengalikan tanah dan ditanam. Apabila selesai, haiwan itu masih lagi menanti dikubur buat seketika seolah-olah merasa kehilangan atas pemergian sahabat sepermainan… ada juga haiwan itu mengalirkan airmata dan meratap sayu..
Semuanya seperti pelakuan manusia.. Allahuakbar.. indahnya perbandinganMU..
Pada satu petang, si ayah tidak sihat badan.. diminta si anak menghantarkan makanan buat haiwan-haiwan terbiar itu. Pada sebelah malamnya kesihatan si ayah menjadi semakin teruk. Si anak telah menghantar ayahnya ke hospital dan amat memeranjatkan si ayah terus ditempatkan di ICU kerana telah koma. Berkumpullah semua ahli keluarga, menanyakan hal dan melahirkan rasa simpati.
Si ayah tidak dibiarkan sendirian, setiap waktu dilawati, dikirimkan bacaan ayat-ayat suci dari ahli keluarga. Alhamdulillah selepas 10 hari si ayah sedar dan selama 3 bulan lebih ditempatkan diwad biasa. Selama itu juga, si isteri dan anaknya menjalankan tanggungjawab menghantar makanan kepada haiwan dipengkalan.
Selepas si ayah beransur pulih, diceritakan kepada kami. Sewaktu dia koma, beliau sentiasa mendengar bacaan ayat-ayat suci tetapi beliau berada di satu tempat yang amat asing. Luas sesaujana mata memandang.Gelap gulita. Beliau sendirian..tiba –tiba beliau di datangi segombolan makhluk yang amat buruk, wajahnya bertaring, bertelinga panjang, suara yang mengerunkan. Makhluk itu ingin menangkap si ayah. Kehadiran makhluk itu disertai api yang amat panas. Serta-merta suasana yang gelap gulita menjadi terang benderang dan membahang. Nyalaan api merata-rata. Tangan-tangan yang mengerutu menarik-narik si ayah untuk ikut serta dalam kumpulan itu. Bacaaan ayat-ayat Al-Quran masih kedengaran, sia ayah menjadi takut dan lari sekuat hati menuju kepada arah datangnya bacaaan ayat suci itu. Sambil itu makhluk tersebut terus mengejar malah lebih pantas..Sewaktu si ayah hampir tertangkap, datanglah sekumpulan makhluk kecil.. iaitu kucing dan anjing. Haiwan-haiwan itu berlawan dengan makluk yang buruk wajahnya. Si ayah dapat menggenali bahawa haiwan yang bertarung itu adalah anjing dan kucing yang telah mati, yang diperlihara dan ditanam. Subhanallah..Allah telah menghantar askar-askarnya..Haiwan kecil itu telah membalas jasa insan yang memberi makan kepadanya.
Larilah si ayah melepaskan diri, tiba-tiba terpercik api yang amat panas di atas kakinya. Mengelupur kepanasan si ayah di situ. Beberapa ekor kucing menggiau-giau dengan kuat seperti menyuruhnya bingkas bangun. Dengan kepayahan terhenjut-henjut dia berlari ke arah bacaan yang didengari. Dia tidak ambil peduli lagi apa yang berlaku dibelakangnya.
Selepas itu si ayah tidak menyedari apa-apa lagi.
Keajaiban ALLAH berlaku lagi, semasa di keluarkan dari ICU kaki si ayah melepuh, merening air bisa.. Kaki si ayah dirawat, dibersihkan segala luka, daging yang telah masak dibuang dan ditampal dengan kulit peha. Gambar yang disertakan adalah gambar kaki si ayah sewaktu daging-daging yang masak telah dibuang.
Para doktor tidak tahu kenapa kaki ayah begitu …hanya si ayah yang ada jawapannya.
Nota: Si ayah memberitahu pada kami, itu “HANYA SEDIKIT CUMA” bara api yang memercik di kaki..Cuba kita bayangkan sekiranya api neraka yang sebenarnya.. bagaimanakah panas dan terbakar seluruh anggota.
Saudara-saudaraku yang disayangi kerana ALLAH..sayangilah makhluk-makhluk ALLAH walaupun hanya seekor binatang (najis mughalazahah) usah dihina dikeji, kerana setiap sesuatu yang dijadikan oleh ALLAH membawa faedah kepada kita, tanpa kita sedari. Dan insaflah, perbaiki diri, banyakkan amalan, hari pembalasan telah semakin hampir,,Bermohonlah kita kepada ALLAH semoga diberikan pertolongan dan perlindungan serta belas kasihannya dari memasukkan kita ke neraka yang panas apinya menjulang-julang hingga ke hati.
Firman Allah s.w.t
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali (Al-Mulk 67:5-6







No comments:
Post a Comment