Saturday, 26 February 2011

RENUNGAN TERAKHIR SEORANG AYAH... part 2

Sejak dari kejadian hari tu, telah seminggu aku terlantar di katil hospital ini. tiada siapa yang menemani hanya isteriku yang setia. Anak-anakku .. usah ditanya . .aku menunggu dan terus menunggu.Mujur juga jiran-jiran datang mengunjungiku hilang sedikit rasa kesedihan..tapi hatiku rindu pada anak-anak. Isteriku seakan mengerti perasaanku yang rindukan anak-anak. Dia sering berbisik di telingaku.. “Hari ni mungkin anak-anak kita akan datang.. sabarlah ya” dengan lembut dia berkata sambil tangan berkedutnya mengusap-ngusap dahiku. Dari hujung mataku terlihat air jernih di bibir matanya. Tabahnya kamu isteri.
Kini sudah 10 hari aku terlantar, waktu melawat telah tiba.. mataku memerhati di pintu masuk..moga-moga ada wajah-wajah yang aku rindui. Badanku juga telah semakin lemah. Isteriku menyuapkan bubur nasi di mulutku..aku palingkan muka. Tersenyum isteriku berkata..”Makan la sedikit.. macam mana nak jumpa anak, nak memegang cucu kalau abang tak ada tenaga” usik isteriku. Aku hanya terdiam..memberontak tetap juga tidak akan makan.. aku mahu anakku yang menyuapkan makanan ke mulutku.. Aku rindu kalian. Terdengar derai tawa pesakit disebelah katilku..kerna diusik tetamunya. Tiba-tiba aku terpandangkan seorang perempuan persis anakku yang kecil, tersenyum memandangku..manis senyumannya…aku membalas senyuman itu.. “Ya Allah terima kasih.. aku bersyukur kau telah kabulkan doaku.. anakku telah datang.. rindunya aku padamu sayang….belahan jiwaku”
Perempuan itu mampir kepadaku..dan membaca nama di hujung kepala katil..Dihatiku bergetus takkan dia sudah lupa nama ayahnya sendiri.. Hashim..Aku melihat gerakan bibirnya menyebut namaku..senyuman tidak lekang dari bibirnya..Oh rupa-rupanya dia adalah tetamu untuk katil sebelah…. Oh kecewanya hatiku…. “Ya Allah.. kenapa anak-anakku membuat aku terseksa begini..” jeritku dalam hati.
Waktu melawat hanya tinggal sejam sahaja lagi. Aku masih juga dipaksa untuk makan. Jururawat juga telah datang kepadaku memujuk untuk makan.. tapi aku tiada selera aku mahu anakkku..Di penjuru katil aku melihat isteriku menyeka airmatanya dengan hujung baju. Belas hatiku melihatnya. “Maafkan aku wahai isteriku yang disayangi aku mahukan anakku..anakku.. anakkuuuuu..” aku meraung sekuat hati.. dengarkah kamu wahai anak-anakku?

No comments: