Saturday, 26 February 2011

RENUNGAN TERAKHIR SEORANG AYAH... part 3

Aku terasa sesuatu yang dingin memegang jari jemariku. Sebelah tangannya lagi memegang bahu isteriku. Dengan pandangan yang kabur aku tahu dia seorang wanita. Lembut sentuhannya. Wanita itu menarik isteriku ke hujung katil. Mungkin bertanyakan sesuatu. “Ayah! Makan sikit ye!” terhenti lamunanku. Wanita itu tersenyum memandang. “Adik ni ayah…ayah makan la sedikit. Adik dah dapat cuti..adik akan jaga ayah ya! Sayup-sayup suara itu kedengaran. Oh.. anakku dah datang.. anakku dah datang.. Gembiranya hati.. Ya Allah.. benar telahanku..Aku membuka mulutku perlahan-lahan..berselera aku makan hari ni..maklum anakku yang menyuapkan. Habis semangkuk bubur. Terasa jari-jemari dingin mengusap-ngusap rambutku…Terasa kuncupan lembut singgah di dahiku,.. ada airmata menitis bersama-sama dengannya.. Syahdunya saat itu...Anakku janganlah dikau menangis…Perlahan-lahan jari jemarinya terungkai dari peganganku..Rupa-rupanya waktu melawat sudah hampir tamat. Dahiku, pipiku dikuncup sekali lagi. Dia bisikkan sesuatu ditelingaku.. “Adik minta ampun ayah, ampunkan kami anak-anakmu. Kami bersyukur ayah menjadi ayah kami” Air mataku menitis. “Ayah ampunkan kalian” ucapku perlahan..harap-harap anakku mendengarnya. Dia memeluk isteriku ambil membisikkan sesuatu. Lambat langkahnya meninggalkanku. Aku merenung setiap langkahnya…adakah ini renungan terakhirku..
“Ya Allah ampunilah dosa anak-anakku…”
Begitulah kisahnya…hari-hari terakhir seorang ayah yang berlaku 4 tahun lalu di katil hospital Kuala Kangsar, Perak. Akulah perempuan itu yang menawarkan diri menjadi anak…kerna belasku melihat senyuman seorang ayah yang tersenyum memandangku dengan pandangan sayu. Sanggup mogok, tidak mahu makan tidak mahu minum kerna ingin anaknya menyuapkan makanan dimulut. Harapanku agar pakcik Hashim dapat merasa belaian seorang anak pada saat dia amat memerlukan perhatian itu dan lagi, aku amat berharap dia dapat mengampunkan dosa-dosa anaknya. Aku tidak mahu anaknya hilang rahmat dari Allah kerna mengabaikan ayah mereka. Seminggu selepas kejadian itu ..aku pergi lagi melawat saudaraku. Katil disebelahnya telah kosong. Aku telah dikejutkan dengan berita bahawa pakcik Hashim telah bertemu Penciptanya 3 hari selepas kejadian itu. Hatiku meruntun sedih bila diberitahu sehingga saat-saat terakhir hidup pakcik Hashim..dia tidak bertemu dengan permata hatinya. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Itulah kita seorang anak.. yang sering mengabaikan kebajikan ibu dan ayah..
Kita lupa pada pengorbanannya
Kita lupa pada tangan kasar itu yang membanting tulang untuk membesarkan kita
Kita lupa pada setiap titisan peluhnya
Kita lupa pada setiap tiitsan airmatanya yang mengalir kerna kejayaan kita
Kita lupa pada doa yang dititipkan di setiap perjalanan hidup kita

Hari ini adakah kalian telah menghubungi ayahmu bertanya khabar
Hari ini adakah kalian telah menguncup pipi dan dahi ayahmu
Hari ini adakah kalian telah memeluk dirinya
Dan hari ini adakah kalian telah mengucapkan
“Terima kasih ayah.. atas pengorbananmu membesarkanku”
Ucapkanlah sebelum terlambat…..

No comments: