Saturday, 26 February 2011

RENUNGAN TERAKHIR SEORANG AYAH... part 1

Kedengaran kicau burung di luar rumah riang sekali. Ayam betina berketak-ketak menandakan saat hampir bertelur..Sinar cahaya pagi yang mengandungi vitamin D menyuluh masuk di dalam kamar tempat di mana aku terbaring. Bayu pagi sepoi-sepoi bahasa menyentuh wajahku dari jendela yang terbuka. Namun apakan daya aku telah tidak dapat melihat anugerah alam ciptaan Yang Maha Berkuasa ini, telah berhari-hari aku terlantar di kamar…sepi..tanpa sesiapa menemani. Hanya si tompok kucing peliharaanku mengigau-giau dihujung kaki, mengesel-gesel bulunya untuk dibelai. Selain dari si tompok, isteriku yang amat setia menjagaku..seorang wanita yang cekal…tetapi dia juga telah tidak bertenaga..kasihan..”Maafkan aku..suamimu kerna telah menyusahkanmu wahai isteriku yang dikasihi.

Aku merenung di kejauhan di manakah anak-anakku yang aku besarkan. Tidakkah mereka tahu yang aku kini terlantar sakit berhari-hari. Sibuk sangatkah mereka hingga tiada masa untuk pulang menjengukku, menjenguk ibu mereka.Apakah salahku Ya Allah hingga mereka melupakan diriku..insan yang telah membesarkan dan berkorban kasih sayang untuk membesarkan mereka. Mengikat perut untuk memberi mereka sesuap nasi dan memberi mereka pelajaran. Kini setelah berjaya ketiga-tiganya meminggirkan aku. Anak yang sulung lelaki menjadi Pegawai Kastam dan dua orang lagi perempuan menjawat jawatan sebagai guru. Sudah lama mereka tidak pulang..tak silap perkiraanku hari raya tahun lepas sahaja mereka menjengahkan muka mereka di rumah ini.Tiba-tiba dadaku sesak.. sukarnya aku bernafas..aku cuba memanggil isteriku tapi suaraku terhenti di kerongkong. Aku menggolek-golekkan badan dan akhirnya..DUM aku terjatuh dari katil.. Ya Allah sakitnya..tulang-tulangku apabila bertemu dengan lantai. Tak semena-mena isteriku datang menerpa.. “Ya Allah abang, abang kenapa boleh jadi macam ni” dalam sendu aku terdengar suaranya.. aku tak bisa berkata-kata hanya kedengaran bunyi mengerang dari mulutku kerna kesakitan. Dengan kudrat tuanya isteriku cuba mengangkat aku kembali ke katil.. tapi aku jatuh sekali lagi bersama-sama dengannya. Dari bibir isteriku aku terdengar ungkapan maaf darinya.. “Maafkan Siti abang, maafkan” dengan linangan airmata isteriku menuturkannya. Kamu tidak bersalah isteriku..tidak sekali-kali. Suamimu ini yang bersalah kerna telah menyusahkanmu. Dengan termengah-mengah isteriku bangun dan mengambil bantal dari katil dan mengalas kepalaku. “Abang tunggu kat sini sekejap ya.. Siti panggil orang bantu angkat abang” terhenjut-henjut isteriku berjalan. Sebal hatiku kerna aku tiada berdaya lagi. “Anak-anakku jika kalian ada tentu ibumu tidak susah begini…tidak kasihankah kalian pada kami..apakah salah ayah wahai permata hatiku” rintihku dalam hati

No comments: